Sebenarnya tiada perancangan awal untuk melancong waktu musim sejuk.. semua berlaku tanpa diduga apabila mendapat pelawaan daripada kawan universiti.. pelawaan melalui whatapps untuk turut serta dengan kawan-kawan yang lain menjadi realiti.. apabila diriku setuju untuk membuat tempahan tiket penerbangan ke pulau jeju.. tidak pernah terfikir untuk melancong pada masa itu tetapi Allah mengerakkan jariku untuk setuju dan tiket penerbangan ditempah.. hanya sebulan awal iaitu pada November 2017 dari tarikh penerbangan 16 Disember 2017.. Bermula persiapan untuk melancong musim sejuk ke Pulau Jeju, Korea selatan.. Pelbagai blog dicari dan dibaca untuk rujukan Persiapan awal ialah melihat jangkaan suhu pada tarikh penerbangan sehingga tarikh penginapan.. perkara utama yang penting ialah pakaian musim sejuk: 1. Winter coat (wajib ada) Aku memilih winter coat yang panjang dan labuh. hanya beli di Sasuke preloved bundle di Seksyen 8 bangi, selangor. Alhamdulillah dapat harga murah...
Yesterday is about today's memory... tomorrow is today's dreams... =)